SlidingPicture

  • Anugerah Ketua Jabatan

    Maaf jika gambar ni, tak cantik

  • Nadia

    Sebelum ni, Nadia belum lagi kawin.

  • Fruits

    Fruits are vital for health and their nutrients...

  • The Lonely Road

    The Lonely Road reminds Me with You...

  • Twister

    Here are some twisting graphics for you...

Tuesday, March 15, 2011

UJILARI SKRIP ASP ???

Sebelum anda upload laman web anda ke mana-mana webserver, anda perlu mengujinya pada PC anda dahulu terutamanya jika anda menggunakan ASP Script.
Jika tidak, anda tidak akan dapat memastikan sama ada ASP Script anda berfungsi atau sebaliknya.

Langkah.
  1. Pastikan anda menggunakan Windows XP Professional.
  2. Buka Control Panel dan double klik Add or Remove Programs.
  3. Klik pada Add/Remove Windows Components.
  4. Windows Components Wizard akan keluar. Klik pada Internet Information Services (IIS).
  5. Pastikan anda memasukkan CD Installer Windows XP Professional ke dalam CDROM.
  6. Klik butang Next, tunggu sehingga selesai.
  7. Untuk memastikan pemasangan IIS berjaya, sekali lagi buka Control Panel. Double klik pada Administrative Tools dan selepas itu Double klik pada Internet Information Services.
  8. Pastikan Default Web Site running.
  9. Buka Browser, pada Adderess taip 'http://Localhost'. Satu paparan akan muncul dan ini menunjukkan pemasangan IIS anda telah berjaya.
  10. Satu Folder baru telah ditambah ke dalam HDD iaitu c:\Inetpub\wwwroot.
  11. Buat satu folder baru didalam wwwroot. contoh c:\Inetpub\wwwroot\mysite.
  12. Bukan Control Panel, Administrative Tools, Internet Information Services. Klik kanan pada Default Web Site dan pilih Properties.
  13. Dalam Default Web Site Properties, klik pada Home Directory. Pastikan Local Path adalah folder baru yang anda buat di dalam wwwroot tadi. Misalnya, c:\Inetpub\wwwroot\mysite. Semua fail laman web anda hendaklah dimasukakan ke dalam folder ini termasuk fail index.htm.
  14. Jika ASP Script anda memerlukan penulisan data ke dalam database (pengkalan data) , pastikan anda pilih Read dan Write.
  15. Setelah anda masukkan semua fail laman web anda ke dalam folder myweb, buka Browser, taip http://Localhost.
SELAMAT MENCUBA..

No comments:

Post a Comment